Friday, September 26, 2008

Saudara

Saya, isteri dan anak memohon
keampunan daripada semua di atas kesalahan
dan dosa yang telah kami lakukan.
Semoga diampunkan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Fuad Latip, Liza Zaini, Durrotun Fuad


Thursday, September 25, 2008



"Sesungguhnya perkara yang paling aku takut
adalah Seksaan di hari BESAR"
Ya Allah, Ampunkanlah segala dosaku yang
pernah aku lakukan selama ini.
Terimalah taubatku ya Allah.
Semoga Ramadhan memberikan seribu rahmat
buat diri aku dan keluarga. Ameen.

Puas mencari mp3 lagu Sajadah Cinta.
Yang jumpa tajuk saja sama, tetapi
lagu dan liriknya berbeza.

Diatas Sajadah

Diatas sajadah ku bersujud
Berdoa dan bersyukur pada-Mu
Telah ku sadari hidup ini
Penuh karunia dari-Mu Illahi

[*]
Yaa Allah ku bersimpuh
Ku menangis dihadap-Mu
Yaa Allah Yang Maha Penyayang
Terangilah hati ini

[**]
Setiap nafasku adalah dari-Mu
Setiap ragaku adalah milik-Mu
Dan setiap langkahku adalah izin-Mu
Seluruh hidup ku serahkan kepada-Mu
Yaa Allah...

Aku hanya hamba-Mu yang kecil
Penuh dosa bernoda kekhilafan
Kesucian memang hanyalah milik-Mu
Pengampunan datang hanyalah dari-Mu

Back to [*]

Yaa Rabbi Yang Maha Kuasa
Terangilah hati ini

Back to [**] 2x

Yaa Allah...

Wednesday, September 24, 2008

Aku tak update cerita pasal family. Kalau sekadar cerita je,  tak bestlah. Zaman sekarang, mesti ada gambar dan cerita. Baru seronok.

Banyak cerita tapi card reader aku rosak. Ihah masukkan duit syiling dalam card reader. Bertuah betul. Nantilah, bila dapat untung bisnes atau duit terpijak, aku nak beli digital camera baru yang macam-macam feature ada.

Videousahawan.com mencecah keuntungan 5 angka. Alhamdulillah. Kini masuk ke fasa seterusnya. Rezeki bulan Ramadhan. Ditambah pula dengan bonus gomen dan juga duit royalti buku aku dengan PTS untuk tahun 2007 punya. Cetakan ke-2, aku tak tau berapa banyak yang sudah terjual kerana semua itu adalah urusan PTS. Seronok tulis buku yang mendapat sambutan.

Semoga rezeki terus bertambah dan hidup terus ceria, bahagia disamping mendapat rahmat dan diredhai Allah.

InshaAllah ada masa nanti aku akan ceritakan bagaimana mendidik diri agar memiliki Jiwa Super. Masih tak berkesempatan.



3 minggu aku mengambil masa untuk develop system di atas. Tidur hanya 4 jam sehari. Sistem yang dibangunkan atas inisiatif sendiri kerana aku tak sanggup lagi nak update pelbagai perkara setiap semester dan tahun.

Apa gunanya dan apa faedahnya pada staff di fakulti aku?

Sistem ini memudahkan staff update
1.  Profile masing-masing.
2.  Research dan publication.
3.  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.  Pengiktirafan dan penghargaan.
5.  Aktiviti Fakulti/Universiti/National/International
6.  Keahlian dengan Badan-badan Profesional
7.  Consultancy
8.  Patent
9.  Khidmat Masyarakat
10.Dan lain-lain perkara seperti OBE, ISO dan pengiktirafan daripada Engineering Accreditation Council.

Semuanya adalah cukup sistematik dan mudah untuk dikemaskini.  TUJUAN UTAMA ADALAH UNTUK MEMBANTU SEMUA STAFF UNTUK MUDAH NAIK PANGKAT, MUDAH HANTAR SKT MELALUI E-SKT, UNTUK PENGURUSAN FAKULTI MERANCANG SUMBER MANUSIA, MENGETAHUI JUMLAH RESEARCH DAN PUBLICATION, MEMBUAT ANALISIS UNTUK KUALITI, MEMUDAHKAN FAKULTI MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN dan lain-lain.

Staff boleh menghasilkan apa jua report untuk apa jua tujuan. Sebagai contoh, jika hendak apply naik pangkat, boleh klik saja button report untuk naik pangkat, dan staff akan dapat laporan dirinya sesuai mengikut format untuk naik pangkat. Contoh lain, jika SKT, klik saja button send SKT, maka pihak pengurusan secara auto dapat SKT staff berkenaan. Untuk pengurusan, untuk laporan ISO, EAC, OBE... klik saja button yang ditetapkan, maka laporan akan dipaparkan dan boleh print untuk tujuan berkenaan.

Semoga usaha ini dapat memudahkan semua staff dan FEE akan menjadi lebih cemerlang. InshaAllah. Ameen.

Tuesday, September 9, 2008

Saturday, August 9, 2008

Ayah dan mama ucapkan Selamat Hari Lahir untuk Ihah. Semoga Ihah menjadi seorang kanak-kanak yang terus membesar dengan jiwa super. Ayah dan mama sentiasa menyayangi Ihah lebih dari segala-segalanya. Muahhsss....

Friday, August 8, 2008



Sekarang adalah masa yang paling tepat bagi anda. Satu lagi pendedahan ekslusif bagaimana anda boleh menyertai sebilangan kecil 5% jumlah usahawan internet yang telah berjaya dengan betul.


Membuat pilihan yang bijak untuk diri anda adalah amat kritikal. Mahukah anda membuang masa, usaha dan wang ringgit lebih banyak lagi kerana berdegil mahu mencari “pengalaman” sendiri dan gagal?


Inilah Yang pertama di Malaysia, di mana video ini mendedahkan teknik paling mudah dalam menjana pendapatan lumayan internet dengan cara yang sebenarnya.Inilah video pembelajaran paling hebat setakat ini dan tidak pernah wujud sebelum ini di Malaysia,dimana ianya mengabungkan tiga orang usahawan yang mempunyai kepakaran dalam perniagan internet dan mereka ini telah terbukti kejayaannya dan amat dikenali.

Mari kita berkenalan siapakah mereka yang dimaksudkan:


Fuad Latif

Fuad Latip merupakan penulis buku “15 Teknik Efektif Internet Marketing” terbitan PTS Publication pada tahun 2006. Merupakan seorang pensyarah di UiTM, Shah Alam dan telah menjadikan perniagaan internet sebagai pendapatan sampingan yang lumayan.

Beliau mempunyai kepakaran dalam membangunkan pelbagai sistem web, Search Engine Optimization serta penjanaan trafik yang dapat membantu menggandakan pendapatan internetnya. Juga, pakar dalam menjana trafik web menggunakan teknik White Hat dan Black Hat.


Syed Ikhwan

Merupakan seorang yang terkenal dalam industri perniagaan internet tempatan sebagai seorang yang pakar menjana pendapatan lumayan melalui Google Adsense, iklan PPC, komisen affiliate serta menjual produk dan servis sendiri.

Beliau pernah menjana duit sehingga USD1,000 sehari melalui pengiklanan Google Adsense tidak termasuk pendapatan daripada iklan PPC dan komisen affiliate yang menjadikan beliau antara usahawan internet berpendapatan 5 angka sebulan. Teknik beliau bukan sahaja dirujuk oleh para usahawan internet tempatan malah termasuk daripada global.


Yusry
Seorang pakar pengaturcaraan dan perunding sistem serta telah membangunkan produk dan sistem untuk sektor kerajaan dan korporat.


Kini beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan internet dan
menjana pendapatan lumayan melalui laman keahlian, komisen affiliate termasuk CPA serta produk yang dijenamakan semula. Menggunakan pelbagai nama samaran di dunia perniagaan internet dan pernah menjadi top affiliate kepada beberapa usahawan internet di U.S. Beliau juga pernah menjana pendapatan mencecah 6 angka sebulan melalui salah satu laman keahliannya. Bergerak secara undergorund, beliau menggunakan pelbagai teknik termasuk White Hat dan Black Hat sebagai strategi membuat duit.


Nantikan akan kemunculan satu-satunya video pembelajaran menjana wang lumayan di internet bersama pakar-pakar internet yang tidak asing lagi!!!


*New info(03/08/08) Video Usahawan Internet kini telah siap sepenuhnya,hanya menunggu hari pelancarannya…

Friday, August 1, 2008


Tekanan jiwa berlaku apabila gejolak rasa merampas ketenangan JIWA lantas fikiran tidak mampu mengimbangi diri.
Oleh itu, SUPERkan JIWA agar dapat mengawal fikiran dan tiada lagi penghalang di dalam mengecapi apa jua kejayaan.

Friday, July 25, 2008


AYAH:
Aku dan isteri beli video ini 2 tahun lepas. Video ini banyak membantu aku di dalam bangun dari kejatuhan dan mencapai beberapa kejayaan sebelum ini.

Namun ia ada kelemahan dan aku dan isteri kini tahu bahawa perkara yang penting adalah dengan menjadikan JIWA yang super bukan otak (brain). Mungkin suatu hari aku akan kongsinya di sini.

ISTERI:
Mama memang minat teramat dengan mengkaji kehebatan otak manusia. Beribu-ribu ringgit habis untuk mengkajinya. Kini mama dan ayah sedar bahawa untuk menjadi manusia hebat sebenarnya perlu hebatkan JIWA dahulu. Bukan otak. Inilah yang aku dan isteri sedang lakukan untuk anak kami.

ANAK:
Semoga dengan teknik JIWA super, ihah akan menjadi manusia yang bukan sekadar hebat dalam akademik tetapi hebat dalam keseluruhan hidupnya sebagai anak, manusia, wanita dan khalifah serta hamba Allah di muka bumi ini.

Wednesday, July 23, 2008



AYAH:
Aku bina family tree aku untuk generasi aku masa depan. Semoga mereka terus mengembangkan family tree aku ini. Mana tau ketika itu ada yang di antara generasi jadi orang hebat.

ISTERI:
Keluarga isteri aku lagi menarik kerana moyang mereka ada adik beradik yang tidak ada agama. Zaman dulu orang melanau tidak beragama dan majoriti selepas itu memeluk islam. Lebihnya menganut kristian dan ada juga yang masih tidak beragama.

ANAK:
Nanti ihah dah boleh membaca dan menulis, ayah serahkan semua ini pada nasihah untuk meneruskan family tree ini.

Friday, July 11, 2008


AYAH:
SAMOBEC : Summative Assesment Dynamic Model With Outcome-Based Education Compliance telah di daftarkan dengan Intelektual Properties (IP). Sesiapa yang perlu mendapatkan kelulusan MQA atau EAC (untuk engineering) pasti memerlukan program ini untuk memudahkan membuat assesment.

Terdapat 4 model semuanya yang aku develop untuk fakulti. Hanya 2 didaftarkan dengan IP. Untuk kursus yang mempunyai peperiksaan akhir dan untuk yang tidak ada peperiksaan akhir (based on coursework). Dua lagi adalah untuk Makmal dan juga Projek tahun akhir.

Alhamdulillah, semua program FKE telah mendapat pengiktirafan (qualification) daripada EAC. Fakulti yang tidak ada badan profesional mestilah menepati semua section yang digariskan oleh MQA untuk mendapat pengiktirafan. Semoga FKE terus maju dan dapatlah aku sambung belajar dengan senang hati.

*mencari pengganti untuk develop system.

ISTERI:
Sedang berseminar di Port Dickson. Aku post entri ini dari Port Dickson (Avillion Admiral Core). Mama memberikan komitmen terakhir untuk MMU sebelum pergi ke MIMOS awal bulan ogos ini. MMU sedang berbincang berkenaan dengan program academik untuk memperolehi pengiktirafan MQA. Masih baru ingin bermula.

ANAK:
Ke hulu ke hilir dalam bilik hotel ni. Buat hal sendiri. Tak abis-abis makan jajan dia. Happy sentiasa. Petang ni nak pergi temok kolam (temok = mandi dalam bahasa melanau)...Yey!!!!

LINK BERKAITAN
Frontiers in Education FIE

Thursday, July 10, 2008

AYAH:
Alhamdulillah, buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing (15 TEIM) merupakan buku pertama di dalam bahasa Malaysia. menerangkan cara-cara efektif dengan 100% praktikal untuk melakukan pemasaran di internet untuk apa jua jenis perniagaan dan perkhidmatan. telah masuk di dalam google book search. KLIK SINI.

Buku tersebut telah lama berada di pasaran terutama di kedai buku MPH. Sekarang ini adalah cetakan yang kedua. (hampir habis).

ISTERI:
"Bila abang nak tulis buku terbaru?"
"Nanti abg tulis.....", nanti yang entah bila.

ANAK:
Asyik main mainan blok ABC dan 123 yang baru.

Wednesday, July 9, 2008


AYAH:
Alhamdulillah. Hari ini lulus lagi satu fund dari MOSTI. So ada dua fund ni lagi seronok buat research. Fund ni memerlukan 4 orang Research Assistant yang akan dibayar sebanyak RM2000 sebulan selama 2 tahun iaitu tempoh mereka untuk buat Master by Research.

Kalau ada kawan-kawan atau kenalan yang nak apply, silakan. Syaratnya adalah:
Bidang: Power System
CGPA: 3.3 above
Lain-lain : Minat dengan penyelidikan, boleh berkerja sendiri, kreatif ,inovatif dan kritikal.
Sila email kepada fuadlatip@gmail.com


ISTERI:
"Tahniah Ayah. Hujung minggu jangan lupa teman mama pergi kursus di PD".
Huh....PD lagi

ANAK:
yeyyyyy jalan lagi.

Friday, July 4, 2008


KLIK SINI ATAU PADA GAMBAR


AYAH:
Alhamdulillah. Dengan masa yang sedikit dan tercuri-curi. dapat siapkan videousahawan bersama 2 orang rakan bisnes internet.

Kepada semua. jangan lupa. dapatkan DVD atau download video ini. untuk buat duit dari internet yang sememangnya lumayan. malah amat lumayan.

ISTERI:
"ayah...dapat untung nanti kita jalan-jalan". mama

ANAK:
"Bestnyaaa....". ihah

Tuesday, July 1, 2008


AKU:
Aku beli barang di sebuah kedai. RM15. Kedai apa aku tak perasan. Aku bayar guna RM50. Taukeh kasi aku baki duit. RM35 dalam note RM1. Tapi dia silap. Dia ingat RM50 adalah duit RM1. dalam baki duit. Aku seronok. Tak pulangkan semula. Rezeki aku kata.

Tapi itu dalam mimpi hari sebelumnya. Patutlah kedai apa aku tak perasan.

Hari berikutnya. Aku dapat surat. Surat dari orang cukai kepada pemberi cukai. Orang cukai kata aku terlebih bayar. Mereka nak bayar semula pada aku. Selepas 14 hari dari tarikh surat. Kalau korang terror. cuba teka tarikh surat tu. Betul aku belanja roti tampal + teh tarik.

ISTERI:
"Alhamdulillah. ", mama ucapkan. Lepas aku call kasitau.
"Nanti ayah belanja beli baju kurung untuk kerja baru", semalam ayah kasi RM200. Untuk tokok duit mama. Mama beli baju kurung + baju lain-lain. berapa pasang? Aku tak tau.

ANAK:
Aku beli Ihah coki-coki. Pusing sana sini. dalam kedai. Waktu mama pilih baju kurung. semalam.

14 hari dari tarikh surat cukai tu, ayah beli baju ihah.

Monday, June 30, 2008


AKU:
Jerit gollllll. dalam hati. bila si Torres jaring gol untuk Spain. Dalam hati. sebab ihah dan mama tengah lena tidur.

ISTERI & ANAK
Tengok EURO dalam mimpi.

AKU:

Alhamdulillah. Kertas Penyelidikan aku diterima di 2008 FIE conference yang akan diadakan oktober ini di New York, US. Ke US ke aku?

Selain membuat penyelidikan bidang kuasa dan tenaga elektrik, aku juga buat penyelidikan di dalam pendidikan. Cara pengajaran berkesan. Teach and REACH. Dan pastinya tak terlepas dengan Outcomes Based Education (OBE). Aku bangunkan sistem untuk OBE untuk fakulti.

Ada 4 semuanya. 2 memenangi pingat Emas di Invention, Innovation & Design UiTM 2008. 1 memenangi pingat gangsa sahaja. di International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX08) Kuala Lumpur.

ISTERI:
"Tahniah ayah", mama belanja ayah makan.

ANAK:
Ihah tumpang gembira sebab dapat tumpang makan.

Semoga Ihah jadi budak lebih cerdik.

Sunday, June 29, 2008


AKU:
Batu karang datang serang aku. Aku sakit guling-guling. Dulu. 2005. aku dah pernah buang hempedu. Angkara batu karang.

Pagi Rabu. Pukul 5 pagi. Mama bawa aku ke hospital swasta. Doktor kasi ubat. 5 biji = RM120 dan juga 2 hari MC. Aku tak tau RM120 untuk ubat atau untuk ubat + MC. Tapi aku tak beli MC.

Selasa kena. Rabu pergi hospital dan makan ubat. Khamis makan ubat. Jumaat selepas solat jumaat. Batu karang keluar bila anu rasa tak selesa. Yeyy!!!

Call mama. "batu karang ayah dan kuar".

ISTERI:
Mama happy kat dalam phone. Mama kata, "boleh buat tangkal adik supaya dia pandai". JAHAT

ANAK:
Balik rumah aku kasitau ihah. Adik senyum je. Faham ke tak. Aku pun tak tau. Dia sambung main blok ABC. Cuba nak masukkan dalam lubang huruf-huruf tu. Asyik sungguh.

Saturday, June 28, 2008


ISTERI:
Mama dapat offer dari MIMOS. Minggu lepas. MIMOS setuju untuk bayar bond mama. pada MMU. Bond kerana MMU taja mama. buat PhD dulu di Uni. Southampton. Alhamdulillah kerana MIMOS juga setuju. Kasi gaji tinggi seperti yang diminta. Mama akan jadi orang kaya. lepas ni. Bolehlah aku dan ihah tumpang kaya.

AKU:
Aku terpaksa batalkan. offer untuk sambung PhD di negara orang. MIMOS pasti takkan lepaskan mama. untuk cuti tanpa gaji setelah diberi offer yang menarik pada mama. Jadi aku hanya sambung PhD di Malaysia saja. Tanah tumpah darahku.

Tak sambung PhD di oversea. Boleh jalan-jalan ke oversea dengan cara lain. Geran penyelidikan yang baru dapat (RM187,000) boleh buat duit jalan-jalan ke conference di oversea. Pleasure time kata Timbalan Naib Canselor. Semuanya free of charge. (Ada 2 lagi geran penyelidikan dalam proses untuk diterima. Kalau terima, boleh dapat hampir RM500K. Semua ni duit rakyat. Jaga baik-baik).

*Aku tidak melihat PhD kepada title Dr. Tetapi melihat selepas PhD, mampukan aku melahirkan anak sendiri, anak seagama, anak sebangsa, anak sedunia turut sampai ke peringkat PhD dan lebih dari itu.

ANAK:
Ihah tak kisah. Ayah sambung PhD di mana. Janji besday ihah bulan ogos. Ayah dan Mama kasi kereta guna elektrik yang ihah boleh naik.

Aku toleh mama dan senyum. Mama orang kaya. Ihah pun renung mama dan senyum. Ihah tahu mama orang kaya agaknya. haha.

Friday, June 27, 2008

ISTERI:
Suatu hari itu Ibu membawa ibu aku (nenek) pergi ke nursery ambil ihah. Saja-saja bawa nenek tengok nursery yang Ihah tinggal membesar ketika ayah dan mama pergi kerja.

ANAK:
Bila ihah naik kereta, botol susunya jatuh.

"Abuk", kata ihah dalam bahasa melanau yang bermakna jatuh.

"ohhh....memang banyak habuk kereta ayah kamu ni", nenek membalas dengan penuh yakin.

Ihah tengok mama. Pelik agaknya. Mama senyum sahaja.

AKU:
Bila mama cerita kat ayah, ayah senyum sahaja. Dalam kepala...nenek pandai guna keadaan nak hentam ayah. hehehe