Friday, July 25, 2008


AYAH:
Aku dan isteri beli video ini 2 tahun lepas. Video ini banyak membantu aku di dalam bangun dari kejatuhan dan mencapai beberapa kejayaan sebelum ini.

Namun ia ada kelemahan dan aku dan isteri kini tahu bahawa perkara yang penting adalah dengan menjadikan JIWA yang super bukan otak (brain). Mungkin suatu hari aku akan kongsinya di sini.

ISTERI:
Mama memang minat teramat dengan mengkaji kehebatan otak manusia. Beribu-ribu ringgit habis untuk mengkajinya. Kini mama dan ayah sedar bahawa untuk menjadi manusia hebat sebenarnya perlu hebatkan JIWA dahulu. Bukan otak. Inilah yang aku dan isteri sedang lakukan untuk anak kami.

ANAK:
Semoga dengan teknik JIWA super, ihah akan menjadi manusia yang bukan sekadar hebat dalam akademik tetapi hebat dalam keseluruhan hidupnya sebagai anak, manusia, wanita dan khalifah serta hamba Allah di muka bumi ini.

Wednesday, July 23, 2008



AYAH:
Aku bina family tree aku untuk generasi aku masa depan. Semoga mereka terus mengembangkan family tree aku ini. Mana tau ketika itu ada yang di antara generasi jadi orang hebat.

ISTERI:
Keluarga isteri aku lagi menarik kerana moyang mereka ada adik beradik yang tidak ada agama. Zaman dulu orang melanau tidak beragama dan majoriti selepas itu memeluk islam. Lebihnya menganut kristian dan ada juga yang masih tidak beragama.

ANAK:
Nanti ihah dah boleh membaca dan menulis, ayah serahkan semua ini pada nasihah untuk meneruskan family tree ini.

Friday, July 11, 2008


AYAH:
SAMOBEC : Summative Assesment Dynamic Model With Outcome-Based Education Compliance telah di daftarkan dengan Intelektual Properties (IP). Sesiapa yang perlu mendapatkan kelulusan MQA atau EAC (untuk engineering) pasti memerlukan program ini untuk memudahkan membuat assesment.

Terdapat 4 model semuanya yang aku develop untuk fakulti. Hanya 2 didaftarkan dengan IP. Untuk kursus yang mempunyai peperiksaan akhir dan untuk yang tidak ada peperiksaan akhir (based on coursework). Dua lagi adalah untuk Makmal dan juga Projek tahun akhir.

Alhamdulillah, semua program FKE telah mendapat pengiktirafan (qualification) daripada EAC. Fakulti yang tidak ada badan profesional mestilah menepati semua section yang digariskan oleh MQA untuk mendapat pengiktirafan. Semoga FKE terus maju dan dapatlah aku sambung belajar dengan senang hati.

*mencari pengganti untuk develop system.

ISTERI:
Sedang berseminar di Port Dickson. Aku post entri ini dari Port Dickson (Avillion Admiral Core). Mama memberikan komitmen terakhir untuk MMU sebelum pergi ke MIMOS awal bulan ogos ini. MMU sedang berbincang berkenaan dengan program academik untuk memperolehi pengiktirafan MQA. Masih baru ingin bermula.

ANAK:
Ke hulu ke hilir dalam bilik hotel ni. Buat hal sendiri. Tak abis-abis makan jajan dia. Happy sentiasa. Petang ni nak pergi temok kolam (temok = mandi dalam bahasa melanau)...Yey!!!!

LINK BERKAITAN
Frontiers in Education FIE

Thursday, July 10, 2008

AYAH:
Alhamdulillah, buku 15 Teknik Efektif Internet Marketing (15 TEIM) merupakan buku pertama di dalam bahasa Malaysia. menerangkan cara-cara efektif dengan 100% praktikal untuk melakukan pemasaran di internet untuk apa jua jenis perniagaan dan perkhidmatan. telah masuk di dalam google book search. KLIK SINI.

Buku tersebut telah lama berada di pasaran terutama di kedai buku MPH. Sekarang ini adalah cetakan yang kedua. (hampir habis).

ISTERI:
"Bila abang nak tulis buku terbaru?"
"Nanti abg tulis.....", nanti yang entah bila.

ANAK:
Asyik main mainan blok ABC dan 123 yang baru.

Wednesday, July 9, 2008


AYAH:
Alhamdulillah. Hari ini lulus lagi satu fund dari MOSTI. So ada dua fund ni lagi seronok buat research. Fund ni memerlukan 4 orang Research Assistant yang akan dibayar sebanyak RM2000 sebulan selama 2 tahun iaitu tempoh mereka untuk buat Master by Research.

Kalau ada kawan-kawan atau kenalan yang nak apply, silakan. Syaratnya adalah:
Bidang: Power System
CGPA: 3.3 above
Lain-lain : Minat dengan penyelidikan, boleh berkerja sendiri, kreatif ,inovatif dan kritikal.
Sila email kepada fuadlatip@gmail.com


ISTERI:
"Tahniah Ayah. Hujung minggu jangan lupa teman mama pergi kursus di PD".
Huh....PD lagi

ANAK:
yeyyyyy jalan lagi.

Friday, July 4, 2008


KLIK SINI ATAU PADA GAMBAR


AYAH:
Alhamdulillah. Dengan masa yang sedikit dan tercuri-curi. dapat siapkan videousahawan bersama 2 orang rakan bisnes internet.

Kepada semua. jangan lupa. dapatkan DVD atau download video ini. untuk buat duit dari internet yang sememangnya lumayan. malah amat lumayan.

ISTERI:
"ayah...dapat untung nanti kita jalan-jalan". mama

ANAK:
"Bestnyaaa....". ihah

Tuesday, July 1, 2008


AKU:
Aku beli barang di sebuah kedai. RM15. Kedai apa aku tak perasan. Aku bayar guna RM50. Taukeh kasi aku baki duit. RM35 dalam note RM1. Tapi dia silap. Dia ingat RM50 adalah duit RM1. dalam baki duit. Aku seronok. Tak pulangkan semula. Rezeki aku kata.

Tapi itu dalam mimpi hari sebelumnya. Patutlah kedai apa aku tak perasan.

Hari berikutnya. Aku dapat surat. Surat dari orang cukai kepada pemberi cukai. Orang cukai kata aku terlebih bayar. Mereka nak bayar semula pada aku. Selepas 14 hari dari tarikh surat. Kalau korang terror. cuba teka tarikh surat tu. Betul aku belanja roti tampal + teh tarik.

ISTERI:
"Alhamdulillah. ", mama ucapkan. Lepas aku call kasitau.
"Nanti ayah belanja beli baju kurung untuk kerja baru", semalam ayah kasi RM200. Untuk tokok duit mama. Mama beli baju kurung + baju lain-lain. berapa pasang? Aku tak tau.

ANAK:
Aku beli Ihah coki-coki. Pusing sana sini. dalam kedai. Waktu mama pilih baju kurung. semalam.

14 hari dari tarikh surat cukai tu, ayah beli baju ihah.