Friday, July 11, 2008

SAMOBEC


AYAH:
SAMOBEC : Summative Assesment Dynamic Model With Outcome-Based Education Compliance telah di daftarkan dengan Intelektual Properties (IP). Sesiapa yang perlu mendapatkan kelulusan MQA atau EAC (untuk engineering) pasti memerlukan program ini untuk memudahkan membuat assesment.

Terdapat 4 model semuanya yang aku develop untuk fakulti. Hanya 2 didaftarkan dengan IP. Untuk kursus yang mempunyai peperiksaan akhir dan untuk yang tidak ada peperiksaan akhir (based on coursework). Dua lagi adalah untuk Makmal dan juga Projek tahun akhir.

Alhamdulillah, semua program FKE telah mendapat pengiktirafan (qualification) daripada EAC. Fakulti yang tidak ada badan profesional mestilah menepati semua section yang digariskan oleh MQA untuk mendapat pengiktirafan. Semoga FKE terus maju dan dapatlah aku sambung belajar dengan senang hati.

*mencari pengganti untuk develop system.

ISTERI:
Sedang berseminar di Port Dickson. Aku post entri ini dari Port Dickson (Avillion Admiral Core). Mama memberikan komitmen terakhir untuk MMU sebelum pergi ke MIMOS awal bulan ogos ini. MMU sedang berbincang berkenaan dengan program academik untuk memperolehi pengiktirafan MQA. Masih baru ingin bermula.

ANAK:
Ke hulu ke hilir dalam bilik hotel ni. Buat hal sendiri. Tak abis-abis makan jajan dia. Happy sentiasa. Petang ni nak pergi temok kolam (temok = mandi dalam bahasa melanau)...Yey!!!!

LINK BERKAITAN
Frontiers in Education FIE

1 Comment:

  1. OP Zaharin said...
    wah bersantai2 di PD la ek

Post a Comment