Tuesday, July 1, 2008


AKU:
Aku beli barang di sebuah kedai. RM15. Kedai apa aku tak perasan. Aku bayar guna RM50. Taukeh kasi aku baki duit. RM35 dalam note RM1. Tapi dia silap. Dia ingat RM50 adalah duit RM1. dalam baki duit. Aku seronok. Tak pulangkan semula. Rezeki aku kata.

Tapi itu dalam mimpi hari sebelumnya. Patutlah kedai apa aku tak perasan.

Hari berikutnya. Aku dapat surat. Surat dari orang cukai kepada pemberi cukai. Orang cukai kata aku terlebih bayar. Mereka nak bayar semula pada aku. Selepas 14 hari dari tarikh surat. Kalau korang terror. cuba teka tarikh surat tu. Betul aku belanja roti tampal + teh tarik.

ISTERI:
"Alhamdulillah. ", mama ucapkan. Lepas aku call kasitau.
"Nanti ayah belanja beli baju kurung untuk kerja baru", semalam ayah kasi RM200. Untuk tokok duit mama. Mama beli baju kurung + baju lain-lain. berapa pasang? Aku tak tau.

ANAK:
Aku beli Ihah coki-coki. Pusing sana sini. dalam kedai. Waktu mama pilih baju kurung. semalam.

14 hari dari tarikh surat cukai tu, ayah beli baju ihah.

2 Comments:

  1. OP Zaharin said...
    17hb jun? hehe
    dugongsenyum said...
    17 Jun 2008.


    HAHAHAHAHA

Post a Comment