Friday, June 27, 2008

Nenek

ISTERI:
Suatu hari itu Ibu membawa ibu aku (nenek) pergi ke nursery ambil ihah. Saja-saja bawa nenek tengok nursery yang Ihah tinggal membesar ketika ayah dan mama pergi kerja.

ANAK:
Bila ihah naik kereta, botol susunya jatuh.

"Abuk", kata ihah dalam bahasa melanau yang bermakna jatuh.

"ohhh....memang banyak habuk kereta ayah kamu ni", nenek membalas dengan penuh yakin.

Ihah tengok mama. Pelik agaknya. Mama senyum sahaja.

AKU:
Bila mama cerita kat ayah, ayah senyum sahaja. Dalam kepala...nenek pandai guna keadaan nak hentam ayah. hehehe

1 Comment:

  1. Ardzham said...
    kata orang "sehari selembar benang, lama-lama jadi kain" sehari sepatah perkataan, lama-lama boleh berbicara. banyakkan terjemahan bahasa melanau ye manmoncang, mudah-mudahan pengunjung blog ni akan dapat jugak mempelajarinya sedikit demi sedikit.

Post a Comment