Wednesday, September 24, 2008

Aku tak update cerita pasal family. Kalau sekadar cerita je,  tak bestlah. Zaman sekarang, mesti ada gambar dan cerita. Baru seronok.

Banyak cerita tapi card reader aku rosak. Ihah masukkan duit syiling dalam card reader. Bertuah betul. Nantilah, bila dapat untung bisnes atau duit terpijak, aku nak beli digital camera baru yang macam-macam feature ada.

Videousahawan.com mencecah keuntungan 5 angka. Alhamdulillah. Kini masuk ke fasa seterusnya. Rezeki bulan Ramadhan. Ditambah pula dengan bonus gomen dan juga duit royalti buku aku dengan PTS untuk tahun 2007 punya. Cetakan ke-2, aku tak tau berapa banyak yang sudah terjual kerana semua itu adalah urusan PTS. Seronok tulis buku yang mendapat sambutan.

Semoga rezeki terus bertambah dan hidup terus ceria, bahagia disamping mendapat rahmat dan diredhai Allah.

InshaAllah ada masa nanti aku akan ceritakan bagaimana mendidik diri agar memiliki Jiwa Super. Masih tak berkesempatan.

0 Comments:

Post a Comment