Wednesday, September 24, 2008



3 minggu aku mengambil masa untuk develop system di atas. Tidur hanya 4 jam sehari. Sistem yang dibangunkan atas inisiatif sendiri kerana aku tak sanggup lagi nak update pelbagai perkara setiap semester dan tahun.

Apa gunanya dan apa faedahnya pada staff di fakulti aku?

Sistem ini memudahkan staff update
1.  Profile masing-masing.
2.  Research dan publication.
3.  Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
4.  Pengiktirafan dan penghargaan.
5.  Aktiviti Fakulti/Universiti/National/International
6.  Keahlian dengan Badan-badan Profesional
7.  Consultancy
8.  Patent
9.  Khidmat Masyarakat
10.Dan lain-lain perkara seperti OBE, ISO dan pengiktirafan daripada Engineering Accreditation Council.

Semuanya adalah cukup sistematik dan mudah untuk dikemaskini.  TUJUAN UTAMA ADALAH UNTUK MEMBANTU SEMUA STAFF UNTUK MUDAH NAIK PANGKAT, MUDAH HANTAR SKT MELALUI E-SKT, UNTUK PENGURUSAN FAKULTI MERANCANG SUMBER MANUSIA, MENGETAHUI JUMLAH RESEARCH DAN PUBLICATION, MEMBUAT ANALISIS UNTUK KUALITI, MEMUDAHKAN FAKULTI MENDAPATKAN PENGIKTIRAFAN dan lain-lain.

Staff boleh menghasilkan apa jua report untuk apa jua tujuan. Sebagai contoh, jika hendak apply naik pangkat, boleh klik saja button report untuk naik pangkat, dan staff akan dapat laporan dirinya sesuai mengikut format untuk naik pangkat. Contoh lain, jika SKT, klik saja button send SKT, maka pihak pengurusan secara auto dapat SKT staff berkenaan. Untuk pengurusan, untuk laporan ISO, EAC, OBE... klik saja button yang ditetapkan, maka laporan akan dipaparkan dan boleh print untuk tujuan berkenaan.

Semoga usaha ini dapat memudahkan semua staff dan FEE akan menjadi lebih cemerlang. InshaAllah. Ameen.

0 Comments:

Post a Comment