Tuesday, November 11, 2008

Jika anda mempunyai matlamat yang BUKAN ditakdirkan maka dengan apa cara sekalipun anda akan gagal. Anda akan mencapai apa jua keinginan yang anda impikan HANYA dan KALAU apa yang anda impikan itu telah ditakdirkan.Maka sebenarnya setiap insan itu hidup dengan tujuan dan misi yang ditakdirkan. Ketahuilah dan selami tujuan anda dicipta maka jalan-jalan kejayaan menggamit setiap detik kehidupan. Kehidupan anda bukan hanya BERJAYA bahkan akan LEBIH BERMAKNA.

Motivasi sedia ada tidak kemana.

Ramai yang berpendapat hanya dengan saranan oleh AHLI-AHLI MOTIVATOR YANG SEDIA ADA (walaupun dari motivator terkenal negara) bahawa kata-kata positif, minda akan menjadi positif. Namun jika anda ambil satu senario yang mungkin anda juga pernah lalui dimana MINDA anda telah disaran dengan KATA-KATA (affirmation) tetapi hati masih meragui kata-kata tersebut samada boleh atau tidak anda melakukan apa yang anda sarankan kepada minda anda. Maka itu tandanya anda tidak positif dan sukar untuk positif bahkan anda secara tidak langsung telah merosakkan sistem minda bawah sedar anda.

Minda yang dikatakan positif belum tentu jiwa turut positif tetapi JIWA YANG POSITIF AKAN MENJANA MINDA YANG POSITIF 100%.

Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda. Jika anda berlari ke matlamat yang salah akhirnya anda akan kecundang dan kecewa. Jika anda bukan ditakdirkan sebagai penyanyi tetapi anda berkeras untuk menjadi penyanyi maka sebenarnya anda telah menganiaya diri anda sendiri.

Anda sebenarnya adalah seorang penjual goreng pisang dan sekiranya anda memahami hal ini dan dapat melihat bakat serta keupayaan anda dalam bidang goreng pisang maka anda akan menjadi seorang yang mempunyai banyak wang dan bahagia. Oleh yang demikian, kita sering melihat apa yang dikatakan jutawan senyap justeru mereka sebenarnya tanpa sedar telah berada dalam lingkungan bakat yang ditakdirkan untuk mereka.

Sekali lagi, ingatlah Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda.

Lebih lanjut di http://www.fuadlatip.com

0 Comments:

Post a Comment