Saturday, November 8, 2008

Allah mempunyai sifat +ve yang saturated. Apa maknanya?

Allah MAHA SEMPURNA. Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat, Allah tetap akan sempurna. Jelasnya begini.

Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.

Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya..orang yang sayang kepada kita akan berubah. Dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.

Tetapi Allah tidak begitu. Jika kita tidak mengikut perintahNya, jika kita mempersoalkan apa yang Allah takdirkan dan sebagainya, tidak sedikit pun kurangnya rasa kasih sayang Allah pada kita. Allah tetap memberi rezeki kepada kita. Tetap mengurniakan pelbagai nikmat seperti diizinkan untuk terus bernafas, makan minum dan seumpamanya. Begitu +ve Allah.

Jika kita campakkan -ve pada Allah, Allah tetap terus +ve.

Allah adalah Pencipta kita. Segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah milik Allah. Namun pernahkah kita meminta izin pada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah. Walaupun pada fizikalnya adalah milik kita seperti rumah, kereta malah anak-anak atau isteri. Tetapi pada hakikatnya semua itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah?

Ceritanya begini.

Pernah seorang lelaki mempunyai jiwa super didatangi sahabat yang kuat minum arak. Kawan yang ketagih arak ini ingin berubah. Tetapi amat sukar jika sudah ketagih arak. Lelaki jiwa super mencadangkan satu jalan penyelesaian yang cukup mudah.

"kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak", kata lelaki jiwa super. Sahabatnya terkejut tetapi akur untuk mencubanya. Sejak hari itu, sahabat itu sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.

"Ya Allah, aku meminta izin untuk minum arak ini", lalu sahabat itu meminum arak. Setiap masa apabila minum arak, pasti keizinan dari Allah dimintanya.

Sebulan berlalu. Sahabat berjumpa semula dengan lelaki jiwa super. Sahabatnya bertanya.

"Saya sudah berubah. Tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak", sahabat ingin tahu.

"Allah itu Maha +ve. Campaklah apa pun perkara sama ada +ve atau -ve pada Allah, namun Allah tetap +ve. Tetap sayangkan hambaNya. Dia tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak", lelaki jiwa super menjawab.

Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah segini...

"Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Alah"

atau

"Ya Allah, aku nak tengok TV dulu ya Allah. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni ya Allah. Kalau aku solat, nanti terlepas pula ya Allah"

InshaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar. Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya.

Semoga memiliki jiwa super. Ameen

0 Comments:

Post a Comment