Friday, November 14, 2008

"Dia ni cerdik kak. Cepat tangkap apa yang diajar."


Alhamdulillah. Seronok dengar bila cikgu sekolah Ihah puji Ihah macam tu. Mama call ayah pagi tadi kasitau cerita tersebut selepas hantar Ihah ke sekolah.

Ihah baru berusia 2 tahun 3 bulan. Boleh baca ABC sampai Z sewaktu umur 1 tahun lebih. Juga dengan Alif ba ta dan juga 1-10.

Kini Ihah belajar bagaimana nak guna keyboard dan mouse komputer pula. Ihah memang cepat tangkap apa yang aku dan isteri ajar pada dia.

Aku dan isteri banyak praktikkan apa yang kami belajar berkenaan dengan brain dan juga jiwa super di dalam membesarkan Ihah. Sebagai contoh salah satu caranya, bila nak kasi dia cepat ingat, kami banyak cakap masa Ihah berada di dalam keadaan separa sedar.

Walaupun super sedar adalah jauh lebih baik dari separa sedar, namun adalah sukar untuk menjadikan kanak-kanak sebesar Ihah dalam keadaan super sedar. Jadi gunakan saja ketika dia berada di dalam keadaan separa sedar. Ketika ini otak manusia 800 lebih laju berfikir.

Separa sedar berlaku semasa kita hendak tidur. Dalam keadaan tidur-tidur ayam. Semasa inilah kita ajar anak-anak kita. Malah bagus juga untuk menasihatinya ketika ini. Jika dia hendak tidur, kita usik-usik pipinya. Jangan kasi dia lena terus. Kita bercakap dengan dia. Bersembang. Kita tanya dia itu ini. Sehinggalah pada satu tahap anak kita dah tak boleh menahan ngantuknya lagi dan terus tidur dengan lena.

Apabila cukup tidurnya, anak ini akan bangun dengan ceria. Dia akan ingat dengan mudah apa yang kita ajarkan. Kita cuma perlu cetuskan kembali untuk terus kukuhkan apa yang kita ajar tadi.

Itu adalah salah satu teknik kami mengajar anak supaya dapat menjadi kanak-kanak dan manusia hebat suatu hari nanti.

0 Comments:

Post a Comment