Monday, January 26, 2009
Friday, November 14, 2008
"Dia ni cerdik kak. Cepat tangkap apa yang diajar."
Alhamdulillah. Seronok dengar bila cikgu sekolah Ihah puji Ihah macam tu. Mama call ayah pagi tadi kasitau cerita tersebut selepas hantar Ihah ke sekolah.
Ihah baru berusia 2 tahun 3 bulan. Boleh baca ABC sampai Z sewaktu umur 1 tahun lebih. Juga dengan Alif ba ta dan juga 1-10.
Kini Ihah belajar bagaimana nak guna keyboard dan mouse komputer pula. Ihah memang cepat tangkap apa yang aku dan isteri ajar pada dia.
Aku dan isteri banyak praktikkan apa yang kami belajar berkenaan dengan brain dan juga jiwa super di dalam membesarkan Ihah. Sebagai contoh salah satu caranya, bila nak kasi dia cepat ingat, kami banyak cakap masa Ihah berada di dalam keadaan separa sedar.
Walaupun super sedar adalah jauh lebih baik dari separa sedar, namun adalah sukar untuk menjadikan kanak-kanak sebesar Ihah dalam keadaan super sedar. Jadi gunakan saja ketika dia berada di dalam keadaan separa sedar. Ketika ini otak manusia 800 lebih laju berfikir.
Separa sedar berlaku semasa kita hendak tidur. Dalam keadaan tidur-tidur ayam. Semasa inilah kita ajar anak-anak kita. Malah bagus juga untuk menasihatinya ketika ini. Jika dia hendak tidur, kita usik-usik pipinya. Jangan kasi dia lena terus. Kita bercakap dengan dia. Bersembang. Kita tanya dia itu ini. Sehinggalah pada satu tahap anak kita dah tak boleh menahan ngantuknya lagi dan terus tidur dengan lena.
Apabila cukup tidurnya, anak ini akan bangun dengan ceria. Dia akan ingat dengan mudah apa yang kita ajarkan. Kita cuma perlu cetuskan kembali untuk terus kukuhkan apa yang kita ajar tadi.
Itu adalah salah satu teknik kami mengajar anak supaya dapat menjadi kanak-kanak dan manusia hebat suatu hari nanti.
Labels: Nasihah
Tuesday, November 11, 2008
Jika anda mempunyai matlamat yang BUKAN ditakdirkan maka dengan apa cara sekalipun anda akan gagal. Anda akan mencapai apa jua keinginan yang anda impikan HANYA dan KALAU apa yang anda impikan itu telah ditakdirkan.Maka sebenarnya setiap insan itu hidup dengan tujuan dan misi yang ditakdirkan. Ketahuilah dan selami tujuan anda dicipta maka jalan-jalan kejayaan menggamit setiap detik kehidupan. Kehidupan anda bukan hanya BERJAYA bahkan akan LEBIH BERMAKNA.
Minda yang dikatakan positif belum tentu jiwa turut positif tetapi JIWA YANG POSITIF AKAN MENJANA MINDA YANG POSITIF 100%.
Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda. Jika anda berlari ke matlamat yang salah akhirnya anda akan kecundang dan kecewa. Jika anda bukan ditakdirkan sebagai penyanyi tetapi anda berkeras untuk menjadi penyanyi maka sebenarnya anda telah menganiaya diri anda sendiri.
Anda sebenarnya adalah seorang penjual goreng pisang dan sekiranya anda memahami hal ini dan dapat melihat bakat serta keupayaan anda dalam bidang goreng pisang maka anda akan menjadi seorang yang mempunyai banyak wang dan bahagia. Oleh yang demikian, kita sering melihat apa yang dikatakan jutawan senyap justeru mereka sebenarnya tanpa sedar telah berada dalam lingkungan bakat yang ditakdirkan untuk mereka.
Sekali lagi, ingatlah Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda.
Lebih lanjut di http://www.fuadlatip.com
Motivasi sedia ada tidak kemana.
Ramai yang berpendapat hanya dengan saranan oleh AHLI-AHLI MOTIVATOR YANG SEDIA ADA (walaupun dari motivator terkenal negara) bahawa kata-kata positif, minda akan menjadi positif. Namun jika anda ambil satu senario yang mungkin anda juga pernah lalui dimana MINDA anda telah disaran dengan KATA-KATA (affirmation) tetapi hati masih meragui kata-kata tersebut samada boleh atau tidak anda melakukan apa yang anda sarankan kepada minda anda. Maka itu tandanya anda tidak positif dan sukar untuk positif bahkan anda secara tidak langsung telah merosakkan sistem minda bawah sedar anda.Minda yang dikatakan positif belum tentu jiwa turut positif tetapi JIWA YANG POSITIF AKAN MENJANA MINDA YANG POSITIF 100%.
Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda. Jika anda berlari ke matlamat yang salah akhirnya anda akan kecundang dan kecewa. Jika anda bukan ditakdirkan sebagai penyanyi tetapi anda berkeras untuk menjadi penyanyi maka sebenarnya anda telah menganiaya diri anda sendiri.
Anda sebenarnya adalah seorang penjual goreng pisang dan sekiranya anda memahami hal ini dan dapat melihat bakat serta keupayaan anda dalam bidang goreng pisang maka anda akan menjadi seorang yang mempunyai banyak wang dan bahagia. Oleh yang demikian, kita sering melihat apa yang dikatakan jutawan senyap justeru mereka sebenarnya tanpa sedar telah berada dalam lingkungan bakat yang ditakdirkan untuk mereka.
Sekali lagi, ingatlah Anda akan berjaya HANYA dan KALAU ianya adalah yang ditakdirkan untuk anda.
Lebih lanjut di http://www.fuadlatip.com
Labels: Jiwa Super
Saturday, November 8, 2008
Minta Izin Dengan Allah Walaupun Melakukan Perkara Tidak Baik
0 comments Posted by ok at 11/08/2008 08:43:00 PMAllah mempunyai sifat +ve yang saturated. Apa maknanya?
Allah MAHA SEMPURNA. Campaklah kepadanya apa jua perkara buruk atau jahat, Allah tetap akan sempurna. Jelasnya begini.
Jika kita melakukan kebaikan pada seseorang, sudah pasti orang itu akan suka pada kita. Jika ibu bapa, mereka akan sayang kita. Jika suami atau isteri juga begitu. Pada kawan-kawan pun sama.
Tetapi jika kita mengata, mengutuk, marah, maki, caci dan sebagainya..orang yang sayang kepada kita akan berubah. Dari suka kepada benci atau sekurang-kurangnya tidak suka.
Tetapi Allah tidak begitu. Jika kita tidak mengikut perintahNya, jika kita mempersoalkan apa yang Allah takdirkan dan sebagainya, tidak sedikit pun kurangnya rasa kasih sayang Allah pada kita. Allah tetap memberi rezeki kepada kita. Tetap mengurniakan pelbagai nikmat seperti diizinkan untuk terus bernafas, makan minum dan seumpamanya. Begitu +ve Allah.
Jika kita campakkan -ve pada Allah, Allah tetap terus +ve.
Allah adalah Pencipta kita. Segala apa yang ada di langit dan di bumi dan di antaranya adalah milik Allah. Namun pernahkah kita meminta izin pada Allah untuk menggunakan sesuatu milik Allah. Walaupun pada fizikalnya adalah milik kita seperti rumah, kereta malah anak-anak atau isteri. Tetapi pada hakikatnya semua itu milik Allah yang dipinjamkan kepada kita. Pernahkah kita meminta izin untuk meminjam semua itu dari Allah?
Ceritanya begini.
Pernah seorang lelaki mempunyai jiwa super didatangi sahabat yang kuat minum arak. Kawan yang ketagih arak ini ingin berubah. Tetapi amat sukar jika sudah ketagih arak. Lelaki jiwa super mencadangkan satu jalan penyelesaian yang cukup mudah.
"kamu minta izin pada Allah sebelum minum arak", kata lelaki jiwa super. Sahabatnya terkejut tetapi akur untuk mencubanya. Sejak hari itu, sahabat itu sentiasa meminta izin pada Allah setiap kali minum arak.
"Ya Allah, aku meminta izin untuk minum arak ini", lalu sahabat itu meminum arak. Setiap masa apabila minum arak, pasti keizinan dari Allah dimintanya.
Sebulan berlalu. Sahabat berjumpa semula dengan lelaki jiwa super. Sahabatnya bertanya.
"Saya sudah berubah. Tidak lagi minum arak. Alhamdulillah. Saya ingin bertanya. Bagaimana semua ini boleh berlaku? Saya minta izin pada Allah untuk melakukan perkara tidak baik, namun Allah beri pada saya kekuatan dan menghilangkan ketagih saya minum arak", sahabat ingin tahu.
"Allah itu Maha +ve. Campaklah apa pun perkara sama ada +ve atau -ve pada Allah, namun Allah tetap +ve. Tetap sayangkan hambaNya. Dia tahu perkara yang baik dan niat yang baik dalam diri hambaNya. Kerana itu Dia bukakan hati kamu dan menolong kamu untuk mencapai hajat kamu untuk tidak lagi mahu minum arak", lelaki jiwa super menjawab.
Untuk permulaan ini, marilah kita minta izin pada Allah untuk lewat mengerjakan solat waktu. Bukankah ini sering kita lakukan? Solat dihujung waktu. Kita minta izin kepada Allah segini...
"Ya Allah ya Tuhanku. Aku mohon nak siapkan kerja ni dulu sebelum solat. Lepas siap kerja ini, aku akan solat. Benarkanlah aku untuk solat lambat ya Alah"
atau
"Ya Allah, aku nak tengok TV dulu ya Allah. Lepas ni baru aku solat. Seronok cerita ni ya Allah. Kalau aku solat, nanti terlepas pula ya Allah"
InshaAllah, lama-kelamaan, jika diamalkan anda pasti akan lihat perubahan yang besar. Allah akan masukkan satu perasaan yang membuatkan kita rasa sentiasa ingin solat tepat pada waktunya.
Semoga memiliki jiwa super. Ameen

Monday, November 3, 2008
Salam,
Ketahui bagaimana memiliki JIWA SUPER di http://www.fuadlatip.com. Saya akan berkongsi cerita bagaimana saya mencari ketenangan jiwa abadi dan akhirnya dikurniakan Allah dengan pemahaman yang betul tentang konsep BERTUHAN yang mana ramai di antara kita abaikan dalam sedar.

Labels: Berita
Subscribe to:
Posts (Atom)